Sabtu, Ogos 23, 2008

Program Malam Merdeka

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Malaysia Jeddah (KMJ) dan Malaysia Professional Network (MPN) akan menganjurkan Program Malam Merdeka bagi memeriahkan lagi ulang tahun kemerdekaan negara yang 51.

Pada penghujung bulan ini rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara yang kita cintai dan dalam memasuki tempoh separuh abad menjulang kemerdekaannya negara terus maju, bertambah matang dan mencipta kejayaan demi kejayaan. 'Perpaduan Teras Kejayaan' yang menjadi motto sambutan merdeka pada tahun ini haruslah dilihat dari sudut yang positif dikalangan kita masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ini mestilah dirayakan bersama, meriah tetapi bersederhana oleh kita semua, tidak kira dalam situasi apa sekalipun kerana kemerdekaan merupakan satu kebebasan yang kita miliki dan juga sebagai satu penghargaan kepada pejuang-pejuang terdahulu yang bersusah-payah membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Maklumat Program Malam Merdeka adalah seperti berikut:
Tempat : Pearl Orient Restaurant Balad
Tarikh : Hari Jumaat / 29hb August 2008
Jam : 8:00 malam
Pakaian : Kebangsaan (Batik, Baju Melayu/Kurung/Kebaya atau Casual) Yuran : SR 70.00 seorang dewasa dan SR 30.00 bagi kanak-kanak bawah 15 tahun ke bawah. Percuma bagi kanak-kanak 7 tahun kebawah tetapi di mestikan mendaftar.

Bagi syarikat yang ingin menaja meja pada malam tersebut boleh melakukan demikian kerana kita ada menyediakan meja pada harga SR 1000.00 satu meja.

Antara perkara-perkara yang menarik pada malam tersebut:
1. Nyanyian lagu Negaraku oleh para hadirin
2. Deklamasi Sajak daripada Sdr Zulkifli Affendy (Panda Hypermarket Training Manager)
3. Persembahan nyanyian
4. Hadiah untuk Pakaian Kebangsaan Tercantik Kategori Lelaki dan Wanita
5. Hadiah bagi hadirin yang terawal hadir pada majlis tersebut
6. Hadiah buat Syarikat yang banyak menghantar hadirin pada majlis kali ini
7. Hadiah Misteri Malam Merdeka
8. Hadiah2 untuk Cabutan Bertuah

Untuk makluman terkini, sila hubungi:
1. IDB - Sdr. Wan Haniff (056 6250 809)
2. NCB - Sdr. Akasyah (0569363518) atau Sdr. Badrul (0567369304)
3. ACPI Bhd - Sdr. Ahmad Fauzi (0507469890)
4. PANDA - Sdr. Yusri (0503470459) atau Sdr. Khairi (056101419)
5. Consulate/Matrade - Sdr. Abdul Rahman (050 562 5072)
6. KFAFH Nurses - Dr.Hamdan (0560606204) & Puan Habibah
7. Other Nurses - Mr. Yong (0504680267)
8. Ericsson - Sdr. Jasri (0569961625)
9. Nokia - Sdr. Amran (0504471726) dan Sdr. Najib (050 017 6175)
10. MAS - Sdr. Sharom (0503689513) atau Sdr. Azmi (0500168256)
11. Al Jazeera Bank - Sdr. Shihamul Fikri (050 112 0066)
12. Tabung Haji - Sdr. Khairani (0553501766)
13. Siemens - Sdr. Suhaimi (0569848742)

Diharap kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis di atas.

Terima kasih