Isnin, Jun 09, 2008

Aktiviti Sukan Mingguan KMJ

Sukacita kami memaklumkan, pihak Kelab Malaysia Jeddah merancang untuk mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi pada setiap malam Rabu secara berterusan bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah. Antara lain, program sebegini dilihat dapat memupuk kesepakatan di kalangan warga Malaysia di Jeddah ini, di samping dapat menambaheratkan persaudaraan yang sedia terjalin.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang termasuk antaranya sepaktakraw, ping pong, catur, congkak serta lain-lain aktiviti yang dirasakan bersesuain dengan keadaan dan permintaan. Walau bagaimanapun, untuk minggu pertama ini, 11 hb Jun 2008, hanya permainan sepaktakraw dan sepakraga sahaja yang dapat diadakan.

Waktu yang dicadangkan pula adalah dari pukul 6.00 petang sehingga 12.00 malam. Setengah jam awal diperlukan untuk menyediakan gelanggang dan setengah jam akhir untuk mengemaskan gelanggang kembali kepada keadaan asal. Semua hadirin adalah bertanggungjawab mempastikan persekitaran dan kemudahan yang digunakan terjaga, terutamanya dari aspek kebersihan dan kekemasan.

InsyaAllah, gerai jualan makanan dan minuman akan dibuka untuk kemudahan hadirin. Sila usulkan cadangan atau bantahan melalui 'ulasan' posting ini.

2 ulasan:

KMJeddah berkata...

Mohon nasi lemak jadi menu tetap jualan...

Naim Jalil berkata...

Maaf, memandangkan sambutan yang agak dingin, aktiviti ini terpaksa ditunda hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Terima kasih.